Isteri Jehan Miskin Selamat Bersalin Anak Pertama Selepas Hampir 8 Tahun Usia Perkahwinan


Tahniah Miss Viral ucapkan buat pelakon Jehan Miskin dan isteri atas kelahiran anak pertama mereka pada 20 Februari 2021.

Isteri Jehan, Julie Camelia Rhee selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Axel Nova Rhee bin Jehan.

Berita tersebut dikongsikan oleh Jehan Miskin dan isterinya menerusi satu entri di Instagram milik masing-masing sekitar pukul 7 tadi.

Kalau nak tahu, Jehan Miskin sudah hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga dengan Julie, seorang gadis Korea iaitu pada 4 Mei 2013.

Lama kan, tapi rezeki tak salah alamat, akhirnya dikurniakan cahayamata sendiri. Tak dapat bayangkan perasaan diorang masa ni. Happy for them. 

Tadi pon ramai rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.




Sebelum ini, pada 23 September 2020, Jehan mengumumkan yang isterinya telah hamil anak pertama dan ketika itu telah memasuki usia 3 bulan.

Sekadar info, Jehan Miskin dilahirkan pada 4 Disember 1979 dan tahun ini memasuki usia 42 tahun.

Apa pon, Alhamdulillah dan tahniah Miss Viral ucapkan buat pasangan ini, semoga dikurniakan kesihatan buat mereka dan selamat berpantang. 

Apa komen korang?

Tiada ulasan: