Melampau! Gambar Keluarga Eyra Hazali Digunakan Tanpa Izin Untuk Iklan Pelaburan

Melampau! Gambar Keluarga Eyra Hazali Digunakan Tanpa Izin Untuk Iklan Pelaburan





Rasanya dah banyak kali gambar-gambar artis Malaysia ni digunakan tanpa kebenaran mempromosikan produk-produk atau servis perkhidmatan. 

Memang berani betul mereka ni, tetapi yang kesian artis-artis ini lah kerana jika ada masalah pada produk berkenaan, mereka akan dipersalahkan oleh pembeli. 

Ini yang berlaku kepada pelakon Eyra Razali apabila gambar keluarga dia digunakan sebagai iklan aplikasi pelaburan di Facebook. 

Dalam iklan tersebut, dikatakan Eyra Razali menjana pendapatan RM90 ribu dalam masa 2 bulan melalui aplikasi tersebut dan berjaya membayar kos perubatan suaminya yang jatuh sakit.

Iklan tersebut mula disiarkan pada 25 Januari 2021. Jadi ramai la yang komen dan berminat untuk menjana pendapatan menggunakan aplikasi tersebut. Tetapi ada juga yang dm Eyra Razali terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian daripada dia jika Eyra memang menggunakan aplikasi tersebut.

Untuk tahu lebih lanjut, tengok video di atas 👆

Tiada ulasan: