"Nak Jadi Madu Ayda Boleh Tak?" - Ini Jawapan Ayda Jebat Bila Ada Ajak Bermadu






Sekarang ni kalau minat suami orang, dah tak sorok-sorok ye, siap mesej je mintak izin dengan si isteri tu. Dulu isteri pelakon kacak Shukri Yahya, Tya Adnan yang dapat permintaan peminat nak bermadu.

Kali ini berlaku kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat pula, apabila turut menerima mesej sedemikian dari pengikutnya di Instagram. 

Difahamkan, sebelum ini Ayda Jebat ada memuatnaik sesi soal jawab di IG Story, dengan meminta pengikut di Instagramnya bertanya apa-apa soalan tentang suaminya, Nabil Mahir. 

Dan ramai yang ingin tahu samada Nabil ni seorang yang garang dan apa yang boleh buat Nabil marah. 

Jawapan Nabil, dia bukan seorang yang suka marah sambil membuat muka comel kepada Ayda Jebat. 

Ada pengikut di Instagram yang mungkin suka dan meminati ciri-ciri lelaki yang ada pada Nabil Mahir bertindak untuk mesej Ayda dan bertanya soalan. 

Nak Jadi Madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ni la. Tapi tak jumpa-jumpa lagi

Ayda terkejut dengan soalan tersebut dan menjawabnya dengan tenang. 

Untuk tahu lebih lanjut, tengok video di atas 👆

Tiada ulasan: