Norman Hakim Terkejut Marissa Dania Buat Benda Sama Seperti Abangnya, Danish Hakim






Menurut Norman Hakim, dia terpinga-pinga apabila anaknya memberi salam dan terus cabut lari. Rupanya Marissa memberi duit belanja untuk ayahnya. 

Norman Hakim cuba merekod video anaknya tetapi dihalang kerana malu. 

Tambah Norman Hakim, ada yang bertanya bagaimana nak didik anak sehingga mereka bagi duit belanja. Jawapan Norman adalah menjadi contoh yang baik kepada mereka. Apa yang mereka nampak kita buat pada Mak Ayah, itulah yang akan dibuat pada kita. 

Difahamkan Marissa yang akan memasuki usia 16 tahun pada tahun ini mempunyai hampir 500 ribu pengikut di Instagram, dia membuat servis iklan di Instagram dan juga menjual produk kecantikan.

Tiada ulasan: