Scha Al-Yahya Selamat Bersalin Anak Kedua, Awal Ashaari Mohon Maaf




Alhamdulillah, pada pukul 9.15 pagi hari Jumaat 12 Februari 2021, pelakon pengacara popular Scha Al-Yahya selamat melahirkan cahayamata kedua di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. 

Berita tersebut dikongsikan oleh Scha, Awal dan Lara di akaun Instagram masing-masing sekitar pukul 3.55 petang tadi.

Scha Al-yahya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg dan mereka berdua berada dalam keadaan baik. 

Ramai rakan artis mengucapkan tahniah buat pasangan ini. 

Tambah Awal, mereka berdua memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan. Mereka juga belum mendedahkan nama anak mereka.

Takpe, yang penting Scha kena pastikan dapat rehat yang cukup dan selamat berpantang. Alhamdulillah, seronok Lara dapat adik baru boleh jadi kawan baru. 

Sekadar info, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini mendapat cahayamata perempuan pertama, Lara Alana pada 22 Julai 2014.

Awal Ashaari yang dilahirkan pada 6 Ogos 1981 memasuki usia 40 tahun pada tahun in. Manakala Scha Al-Yahya dilahirkan pada 30 Mei 1983 memasuki usia 38 tahun pada tahun ini. 

Apa pon, Miss Viral ucapkan tahniah buat pasangan ini dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik buat Scha dan baby baru. Selamat berpantang. 

Apa komen korang?

Untuk tahu lebih lanjut, tengok video di atas 👆

Tiada ulasan: