Senarai Dan Umur Sebenar Pelakon Drama Marry Me Senorita (Janna Nick, Dini Schatzmann)






Kali pertama ye pasangan kekasih popular Janna Nick dan Dini Schatzmann,berlakon bersama sebagai watak utama. Mereka digadingkan bersama dalam drama Marry Me Senorita. 

Sebelum ini Dini pernah berlakon bersama Janna tetapi sebagai adik dalam drama Bukan Cinta Aku yang menjalani pengambaraan sekitar tahun 2018. Ketika itu la mereka mula berkenalan, mula rapat dan akhirnya jadi pasangan kekasih.

Drama Marry Me Senorita mengisahkan tentang Sofiy Leia yang dihalau dari rumah selepas kematian ayah saudaranya. Dia kemudian ke rumah kawannya, Tina di KL. 

Tapi malangnya, dia di khianati kawan sendiri yang ingin menjualnya kepada bapa ayam. Sofiy kemudiannya dibantu oleh Isa Alejandro. Mereka akhirnya membuat perjanjian dan berkahwin. 

Jadi video kali ini, Miss Viral nak senaraikan info ringkas dan umur sebenar pelakon-pelakon drama Marry Me Senorita. 

Tapi sebelum tu jangan lupa subcribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik pada masa akan datang.

Razman Mahayuddin sebagai E

Bekas peserta Hero Remaja 2017, Razman Mahayuddin memegang watak Han yang suka pada Sofiy. Disebabkan itu lah, Tina yang menyimpan perasaan pada Han menyimpan dendam pada Sofiy.

Razman Mahayuddin yang berasal dari Ipoh, Perak dilahirkan pada 14 Februari 1995. Tahun ini dia memasuki usia 26 pada tahun ini. 

Azerin Zainal sebagai Jeff

Azerin Zainal atau nama sebenar Muhammad Zuhair Azerin Zainal memegang watak Jeff kawan kepada Isa.

Melalui sumber laman portal, tahun ini Azerin Zainal memasuki usia 28 tahun. Kalau korang ada info tarikh lahir Azerin Zainal, boleh komen di bawah.


Nabil Aqil sebagai Sam

Nabil Aqil merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2017 dan anak saudara kepada pelakon kacak Syafiq Kyle.

Dalam Marry Me Senorita, dia memegang watak Sam, pekerja senior kepada Ungku Aziz. Hubungan mereka memang rapat sehingga Ungku Aziz menganggap Sam seperti cucunya sendiri.

Nabil Aqil dilahirkan pada 2 Ogos 1998  memasuki usia 23 tahun pada tahun ini.


Alif Muhaimin sebagai Adam

Alif Muhaimin Abdul Rahman memegang watak Adam, kawan kolej dan berkawan baik dengan Sofiy. Dia akhirnya jatuh hati kepada Sofiy.

Alif Muhaimin yang berasal dari Ipoh, Perak dilahirkan pada 30 Jun 1994 memasuki usia 27 tahun pada tahun ini.

Alif Muhaimin pernah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2017/2018.

Asha Merican sebagai Idora

Watak adik Isa, Idora dilakonkan oleh Asha Merican. Asha Merican mula dikenali melalui watak Ryn dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Disebabkan dia ni pelakon baru, memang susah nak cari info nama sebenar dan tarikh lahir Asha Merican. Kalau korang tahu, boleh komen di bawah ye. 

Tapi, melalui sumber laman portal hiburan, Asha memasuki usia 20 tahun pada tahun ini.


Daler Yusuf sebagai Chef Riz

Watak Chef Riz dilakonkan oleh pelakon yang berasal dari Uzbekistan, Daler Yusuf. 

Dia dilahirkan pada 31 Disember 1992 dan memasuki usia 29 pada tahun ini.


Jazmy Juma Khan sebagai Zamir

Bekas peserta Hero Remaja 2020, Jazmy Juma Khan memegang watak Zamir, pakar nutrisi kepada Isa. Dia juga kawan rapat kepada Isa.

Dia yang mempunyai darah campuran Pakistan Melayu ini dilahirkan pada 20 Mac 1998 dan memasuki usia 23 tahun pada tahun ini.

Natasha Elyzza sebagai Shelli

Pelakon yang mempunyai kacukan melayu-cina ini memegang watak Sheilli dalam drama ini. 

Natasha Elyzza atau lebih dikenali sebagai Tasya dilahirkan pada 19 Oktober 1994 memasuki usia 27 tahun pada tahun ini. 


Siti Khadijah Halim sebagai Tina

Pelakon cantik Siti Khadijah Halim memegang watak Tina, watak antagonis dab kawan sofiy dalam drama Marry Me Senorita.

Dia dilahirkan pada 27 Mac 1997 dan memasuki usia 24 tahun pada tahun ini.

Raja Azura sebagai Mak Long Siah

Raja Azura memegang watak Mak Long Siah, ibu saudara Sofiy yang bencikan Sofiy. 

Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku dilahirkan pada 18 Ogos 1972 dan memasuki usia 49 tahun pada tahun ini.

Dia pernah berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah sekitar Mac 2001 namun perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian. 

Adriana Bannie sebagai Reela

Watak Reela, anak Mak Long Siah dilakonkan oleh pelakon Adriana Bannie. Ini merupakan drama pertama lakonan Adriana.

Dia dilahirkan pada 16 Mei 2000 memasuki usia 21 tahun pada tahun ini.


Datin Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah

Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor memegang watak Ungku Zaharah, nenek kepada Isa. 

Dia yang dikenali sebagai Kak Cik berasal dari Kangar, Perlis dilahirkan pada 1 Mei 1959. Tahun ini dia memasuki usia 62 tahun.

Dia berkahwin buat kali kedua dengan Dato’ A. Rahman pada 25 Disember 2014. Dato’ A Rahman telah meninggal dunia pada 13 Jun 2019 di usia 72 tahun.  

Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz

Watak datuk dan Engku Aziz dilakonkan oleh pelakon hebat Dato’ Jalaludin Hassan. 

Dato’ Jalaluddin Hassan dilahirkan pada 18 Februari 1954 dan tahun ini memasuki usia 67 tahun.

Dia berkahwin buat kali ketiga dengan wanita pilihannya Rapidah Abd Gani pada 12 November 2017

Yasmin Hani sebagai Engku Marini

Watak ibu Isa, Engku Marini dilakonkan oleh Yasmin Hani binti Ismail Richardson. Yasmin Hani dilahirkan pada 11 Jun 1979 memasuki usia 42 tahun pada tahun ini.

Yasmin Hani mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, kumpulan rock popular sekitar awal tahun 90-an. 

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dua orang iaitu Eissa Elzander Wong dan Noah Ismail Wong.

Shaza Bae sebagai Rossa Arabella

Watak antagonis Rossa Arabella, bekas tunang Isa Alejandro dan juga Instafamous dilakonkan oleh pelakon baru Shaza Bae. 

Shaza Bae atau nama sebenar Shaza Nuriman Mohamad Zamri pernah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019/2020.

Melalui sumber Instagram dan wikipedia, Miss Viral dapat tahu yang Shaza dilahirkan pada 24 Mei 1995 dan memasuki usia 26 tahun pada tahun ini. Kalau salah, korang boleh komen dibawah ye. 

Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro

Watak Isa Alejandro merupakan seorang pemain tennis kebangsaan kacukan Sepanyol. Watak ini dilakonkan oleh pelakon kacukan, Dini Schatzmann. 

Ini adalah kali pertama Dini Schatzmann melakonkan watak berat dan penuh emosi berbeza dengan watak lain yang pernah dibawakan sebelum ini.

Dini Azan Schatzmann mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal daripada Pulau Pinang manakala bapa pula dari Switzerland. 

Dia yang dilahirkan pada 17 Oktober 1994 memasuki usia 27 tahun pada tahun ini. Dia mengaku bercinta dengan Janna Nick pada 6 November  2019.


Janna Nick sebagai Sofiy Leia

Dalam drama Marry Me Senorita, Janna Nick memegang watak utama, Sofiy Leia yang dihalau dari rumah selepas kematian ayah saudaranya. Dia kemudian ke rumah kawannya, Tina di KL. 

Tapi malangnya, dia di khianati kawan sendiri yang ingin menjualnya kepada bapa ayam. Sofiy kemudiannya dibantu oleh Isa Alejandro. Mereka akhirnya membuat perjanjian dan berkahwin. 

Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1995 dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.  Dia yang juga sepupu kepada pelakon kacak, Adam Lee memasuki usia 26 tahun pada tahun ini. 

Janna Nick merupakan kekasih kepada pelakon, Dini Schatzmann yang memegang watak Isa dalam drama ini.

Jadi ini antara senarai ringkas info dan umur sebenar pelakon drama Marry Me Senorita. Kalau ada nama tertinggal atau info yang tertinggal, korang boleh komen dibawah.

Apa komen korang tentang drama ni?

Tiada ulasan: