Zahirah Macwilson Kongsi Video Sejam Sebelum Bersalin - Tetap Lawa (Throwback)






Pelakon jelita dan juga ibu diusia 26 tahun, Zahirah Macwilson berkongsikan video dan gambar sejam sebelum dia bersalin. 

Zahirah berkongsikan video tersebut sempena sebulan berlalu selepas selamat bersalin bayi lelaki comel berlesung pipit. 

Zahirah kelihatan kepenatan tetapi tetap nampak berseri menantikan kelahiran anak pertamanya itu ditemani suami yang juga pelakon, Aiman Hakim dan juga ibunya Maslinda Yusof.

Dia selamat bersalin pada 5 Januari 2021 pukul 2.26 petang di sebuah hospital di Perth Australia.

Setakat hari ini, mereka masih belum berkongsikan wajah dan nama anak mereka kerana Zahirah dan Aiman hanya memuatnaik gambar belakang anaknya sahaja. 

Tapi itu pon dah nampak comel sangat. 

Sekadar info, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020. Zahirah dilahirkan pada 1 Februari 1995 dan tahun ini memasuki usia 26 tahun. Manakala Aiman dilahirkan pada 17 Januari 1989 dan memasuki usia 32 tahun. 

Apa pon, Miss Viral doakan Zahirah dan baby boy sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga.

Tiada ulasan: