13 Artis Malaysia Yang Telah Memeluk Islam (Michael Ang, Mark Adam, Stacy)


Selain Michael Ang, ramai lagi artis Malaysia yang memeluk Islam. 

Jadi video kali ini, Miss Viral nak senaraikan 13 Artis Malaysia Yang Telah Memeluk Islam yang mungkin ramai tak tahu. Kalau ada nama tertinggal, korang boleh komen dibawah. 



Stacy

Stacy merupakan penyanyi terkenal Malaysia yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Dia menukar agama kepada Islam pada 25 Ogos 2015 dan memilih nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sebagai nama Islamnya.

Stacy kemudiannya berkahwin dengan penyanyi terkenal, Akim Ahmad pada 5 Februari 2016. Mereka mempunyai 2 orang anak perempuan iaitu Bella Deluna Valentina dan Eshaal.

Stacy dilahirkan pada 18 Ogos 1990 memasuki usia 31 tahun pada tahun ini.


Mark Adam

Penyanyi yang popular dengan lagu Pencuri dan Marry Me, Mark Adam dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu,Filipina. Dia kemudiannya berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.

Dia kini bukan saja penyanyi, pelawak, guru vokal dan pelakon tetapi juga bekerja sebagai penyampai radio. 

Mark Adam berkahwin dengan Norazah Redzuan pada 31 Ogos 2003 selepas 2 tahun memeluk Islam. 

Mark Adam yang berusia 42 tahun memilih nama Fikri Mark Adam Abdullah sebagai nama Islamnya.

Adam Corrie

Adam Corrie merupakan seorang pelakon Malaysia yang popular dengan watak antagonis. Dia kini masih aktif berlakon dan juga seorang usahawan menjual kurta.

Dia yang dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun. 

Dia kemudinnya telah berkahwin dengan isterinya, Fazema pada 21 November 2008. 

Selepas 10 tahun usia perkahwinan, Adam Lee dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee.   

Pada tahun ini, Adam Corrie memasuki usia 51 tahun.


Daphne Iking

Daphne Iking adalah seorang pengacara dan pelakon yang berasal dari Keningau, Sabah. 
 
Dia melafazkan dua kalimah syahadah pada 8 Januari 2011 dan memilih nama Dahlia Eleanor Iking sebagai nama Islamnya.  

Pada tarikh tersebut juga, dia sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata. Daphne dilahirkan pada 6 Julai 1978 memasuki usia 43 tahun pada tahun ini.

Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh merupakan seorang penyanyi dan pernah menjadi peserta Akademi Fantasia musim ketiga.

Marsha mengaku telah memeluk Islam sekitar bulan Disember 2015 dan kekal menggunakan nama asalnya.

Pada 31 Disember 2015, Marsha Milan Londoh dan Mohamed Shaiful Nizam sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Dia dilahirkan pada 6 Disember 1985 memasuki usia 36 tahun pada tahun ini.

Untuk senarai penuh, tengok video di atas 👆

Tiada ulasan: